Sunday, February 27, 2011

KONSERT SHOUTUL HAROKAH [PROGRAM PENUTUP]










SALAM ALAIK, 

INSYAALLAH, PROGRAM TERAKHIR SEWAKTU KARNIVAL ANAK MUDA 2011 [KAMU'11] IALAH KONSERT DARIPADA KUMPULAN NASYID TERKENAL INDONESIA [SHOUTUL HAROKAH].

BUTIR-BUTIR TENTANG ACARA TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:


TAJUK: KONSERT SHOUTUL HAROKAH. 
TARIKH: 13 MAC 2011
MASA: 9-12 PM
TEMPAT: PENTAS PADANG KAWAD PALAPES USM.
KEMASUKAN ADALAH PERCUMA !!!!



APA YANG ANDA TUNGGU LAGI?

AJAKLAH SAHABAT, RAKAN, TAULAN, SERTA KELUARGA ANDA UNTUK SAMA2 BERHIBUR SAMBIL MENDIDIK JIWA, INSYAALLAH.


SEBARANG PERTANYAAN: 
HUBUNGI: SAKINAH [0137452667]

SEKIAN DULU.

MUDAH-MUDAHAN ALLAH AKAN MELANCARKAN PERJALANAN PROGRAM INI NANTI. INSYAALLAH.

BANNER, POSTER, FLIERS UNIT KEBUDAYAAN.




Wednesday, February 23, 2011

[KEBUDAYAAN] HEBAHAN PROGRAM & TENTATIF.





MAKLUMAT KEBUDAYAAN KAMU'11

1. PERTANDINGAN TULISAN KHAT 
Tarikh: 9-10mac 2011
Tempat: Foyer DK 
Masa: 10pagi-4ptg 
Penyertaan: semua warga kampus usm

2. PERSEMBAHAN PUISI bertemakan anak muda dan kepimpinan islam. 
Tarikh: 13/3/2011 
Masa: 8pagi-12tghri

3.PERSEMBAHAN QASIDAH DAN SELAWAT dari pelajar Maahad Darul Tahzib 
Tarikh: 13/3/2011
Hari: Ahad 

4. PERSEMBAHAN TEATER
Hari: ahad
tarikh: 13/3/2011
SEMUA DIJEMPUT HADIR!  




TENTATIF HARI MAJLIS PENUTUP 

TARIKH: 13 MAC 2011 [AHAD]

8-9pagi: 
persiapan tempat, para peserta dan lain2
 
9-10pagi: 
persembahan qasidah dan selawat daripada pelajar2 maahad darul tahzib
 
10-10.15pagi: 
permainan muzik dripda pusat pengajian seni
 
10.15-11pagi:
persembahan teater
 
11-11.15pagi:
persembahan muzik dripd pusat pengajian seni
 
11.15-11.45 pagi:
persembahan puisi bertemakan anak muda dan kepimpinan islam



DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN KARNIVAL ANAK MUDA 2011.




Friday, February 18, 2011

Relevan Penganjuran KAMU'11.



“Sekiranya ingin melihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah kepada anak-anak mudanya”. 


Ungkapan ini merupakan ungkapan yang pernah diucapkan oleh Saidina Umar Al-Khattab yang mana beliau berpendapat bahawasanya anak mudalah yang akan mencorak kepimpinan dan kekuatan sesebuah negara.  Sekiranya anak muda sesebuah negara dilihat begitu lemah , maka negara yang terbentuk akan mudah didominasi serta diambil kesempatan oleh pihak lain. Hal ini membuktikan betapa pentingnya peranan generasi anak muda selaku tunggak kepada pembangunan sesebuah bangsa dan negara. 

Namun kini, acapkali kita diperdengar mengenai isu-isu hangat yang melibatkan anak-anak  muda. Sebagai contoh isu pembuangan bayi, seks bebas, samseng jalanan dan lain-lain.  Isu-isu ini semakin membimbangkan apabila ia sering dikaitkan dengan remaja Islam. Permasalahan yang berlaku ini telah membawa kita untuk berfikir sejenak dimanakah salah dan silapnya kita sebagai masyarakat dalam mendidik golongan harapan ini.  

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud : “Setiap anak itu dilahirkan secara fitrah, maka ibu bapanyalah yang sama ada menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi”. 

Berdasarkan hadis berikut, jelas menunjukkan bahawa ibu bapalah yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang anak.  Namun, tudingan jari tidak seharusnya ditujukan sepenuhnya kepada ibu bapa kerana faktor–faktor persekitaran juga mampu mempengaruhi akhlak dan tindak tanduk anak muda kini. Oleh yang demikian, setiap pihak perlu berusaha untuk membendung masalah ini daripada terus menular. 

Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia mengambil inisiatif dengan merencana  satu program “Karnival Anak Muda” bertujuan untuk memberi kesedaran kepada anak-anak muda kini bahawasanya mereka mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk mewarnai kepimpinan masa depan. 

Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam  karnival ini dilihat mampu membantu anak muda untuk membina potensi diri dalam usaha melahirkan aset yang berkepentingan untuk negara suatu hari nanti. InsyaAllah.

Allahu 'alam.

Fliers KAMU'11

Fliers 1
Fliers 2
Fliers 3



Salam alaikum semua,

InsyaAllah kesemua fliers KAMU'11 akan mula diedarkan pada minggu hadapan ke setiap desasiswa USM.

Anda juga boleh mendapatkan TENTATIF LENGKAP KAMU'11 secara online di dalam bentuk PDF.

KLIK DI [SINI] UNTUK MEN-DOWNLOAD TENTATIF PENUH KAMU'11.

Syukran.

Thursday, January 27, 2011

KARNIVAL ANAK MUDA 2011 [KAMU'11]



Salam warahmatullah..

SELAMAT DATANG ke website rasmi KARNIVAL ANAK MUDA 2011 [KAMU'11]. 


Pengenalan:
KARNIVAL ANAK MUDA 2011 (KAMU'11) adalah satu lagi program anjuran PERSATUAN MAHASISWA ISLAM Universiti Sains Malaysia [PMIUSM]. 

Butir-butir penting tentang program ini;

TARIKH     : 8 HINGGA 13 MAC 2011
TEMPAT    : 
  • TAPAK PADANG KAWAD PALAPES, 
  • DEWAN UTAMA PELAJAR 
  • STADIUM  UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
TEMA     : EMPOWERING FUTURE EXCELLENCE


DENGAN KERJASAMA: 
  • POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
  • INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
  • MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)
  • JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)


Objektif Karnival Anak Muda ialah :
  • Memupuk semangat keusahawanan dalam diri anak muda.
  • Membentuk anak muda yang berdaya saing dan kreatif.
  • Mematangkan keintelektualan anak muda.
  • Menyediakan platform kepada anak muda untuk melatih diri melalui bidang kepakaran yang diceburi.

KUMPULAN SASARAN/ PESERTA:
  • Sasaran Karnival Anak Muda  terbahagi kepada beberapa golongan seperti berikut :
  • Para pelajar universiti
  • Pelajar sekolah rendah
  • Pelajar sekolah menengah
  • Orang awam di sekitar Pulau Pinang

-------------------------------------------------------------------------------------------------

InsyaAllah, blog ini akan di-update dari semasa ke semasa supaya dapat memberi informasi yang lebih tepat dan mendalam kepada semua. Mudah-mudahan semua urusan kebaikan ini akan memberi manfaat kepada semua & dapat meraih keredhaanNya. insyaAllah.

Sekian dulu, allahu' alam.